WAKAF MASJID AFRIKA
Dari Daun Kering ke Dinding Kukuh, Mari Bina Rumah Allah Bersama
Di sebuah desa kecil di Uganda, masjid bukanlah bangunan. Ia hanya ruang terbuka dikelilingi daun-daun kering. Tiada bumbung, tiada mihrab. Bila hujan turun, mereka tetap bersolat berdiri di atas tanah becak, berdoa sambil memeluk kesejukan.
Imamnya seorang lelaki tua. Mikrofon tiada. Hanya suara hati yang menggetarkan langit.
Tapi mereka tetap hadir. Kerana mereka tahu walaupun masjid mereka tiada rupa, tetapi ia tetap Rumah Allah.
Beginilah keadaan masjid mereka:
- Ruangan muslimin: Hanya tikar guni atas tanah.
- Ruangan muslimat: Berlindung di sebalik tirai daun pisang.
- Dinding & struktur: Dibina daripada batang kayu dan pelepah kering.
Sedangkan kita di sini berbincang tentang kipas siling atau karpet baru, mereka masih mencari bumbung untuk berteduh.
Perubahan Yang Bakal Berlaku
Majlis Perasmian Pecah Tanah
Melalui inisiatif Yayasan Lelangit, kami membuka peluang wakaf Masjid Baharu untuk masyarakat Islam Uganda.
- Masjid akan dibina lengkap dengan ruang solat lelaki dan wanita
- Mempunyai mimbar, tandas asas, pam air dan lain-lain fasiliti
- Lokasi pembinaan disahkan oleh ketua kampung dan imam setempat
- Kos 1 lot wakaf: RM250 sahaja
Jumlah lot disasarkan:
✅ 100 lot = RM25,000
✅ 1,000 lot = RM250,000
(kos bagi masjid lengkap pelbagai fasiliti)
“Allah tidak menilai berapa yang diberi tetapi Allah menilai usaha yang dijalankan”
Wakaf ini bukan sekadar projek pembinaan. Ia adalah misi membina kembali maruah umat Islam yang terlupa! Kerana ketika kita tidur lena dalam rumah bertingkat, ada saudara kita yang bersujud dalam lumpur dan basah hujan.
Sumbangan Manual (Transfer / DuitNow)
Setiap pembayaran boleh disalurkan ke:
11 0214 5899
YAYASAN LELANGIT
Rujukan: Wakaf Masjid Uganda
📎 Bukti transaksi & laporan bergambar akan disediakan.
📸 Setiap masjid akan dirakamkan sebelum & selepas pembinaan.
Borang Wakaf Atas Talian
"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga." (Riwayat Bukhari & Muslim)