Quranic Intelligence Logo

Quranic Intelligence QI

"Membina Generasi Berilmu, Berakhlak dan Memperkasa Ilmu Al-Quran"

Quranic Intelligence QI ialah salah satu inisiatif Yayasan Lelangit yang memfokuskan pembangunan pendidikan Al-Quran juga menyantuni pelajar yang kurang kemampuan tetapi berpotensi melanjut pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.

Program ini diwujudkan bagi memastikan pendidikan terutama Pengajian Islam serta Pengajian Al-Quran bukan sekadar diwarisi, tetapi diperkasakan, melalui sistem latihan, tajaan pelajar and sokongan pendidikan yang berterusan.

QI bukan program bermusim. Ia adalah pelaburan jangka panjang untuk masa depan ummah.

Fokus Utama Quranic Intelligence (QI)

1. Pendidikan Pengajian Ilmu Turath

Menyediakan program bukan sahaja pendidikan Al-Quran tetapi juga pengajian ilmu tradisional juga ilmu kemodenan seperti mana yang digariskan dalam Quran.

2. Tajaan & Biasiswa Pelajar

Memberi sokongan kewangan dan kebajikan kepada pelajar Malaysia yang kurang kemampuan kewangan bagi memastikan kesinambungan pengajian, sama ada di dalam atau luar negara.

3. Prihatin Murabbi

Kewujudan pendidikan Islami bermula komuniti setempat sehinggalah program yang berskala besar memerlukan melalui kelas asas, akses pembelajaran dan bantuan pendidikan yang relevan. Program ini tidak akan berjaya tanpa adanya Guru yang membimbing dan sokongan kumpulan pelaksana.

Yayasan Lelangit telah berjaya menghantar pelajar menyambung pengajian Islam ke Mauritania melalui kerjasama strategik bersama NGO Al-Azhar Care.

Pencapaian ini mencerminkan keupayaan yayasan dalam pengurusan tajaan, kebajikan pelajar serta jalinan kerjasama pendidikan antarabangsa.

Sebagai inspirasi kepada generasi muda, QI turut mengangkat adik Nurul Izzah Sufiah binti Mohd Noor Ihsan sebagai Ikon anak muda dalam Pendidikan Al-Quran.

Beliau telah mencatat pencapaian membanggakan dengan meraih tempat ketiga Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025 (Kategori Perempuan).

Pencapaian ini menjadi bukti bahawa pelaburan dalam pendidikan terutama dunia pendidikan Al-Quran mampu melahirkan bakat yang diiktiraf di peringkat nasional.

Kenapa Quranic Intelligence (QI)

  • Pendidikan Islam terutama Pengajian Al-Quran memerlukan sokongan yang konsisten dan berterusan.
  • Ramai pelajar berpotensi memerlukan akses dan pembiayaan yang stabil.
  • Pembangunan ilmu adalah asas kepada pembinaan masyarakat berakhlak.
  • QI hadir sebagai platform Pengajian Islam yang tersusun, telus dan berdaya maju.

Sertai & Sokong Quranic Intelligence

Setiap sokongan yang diberikan membantu :-

  • Memastikan kesinambungan pengajian pelajar Pengajian Islam.
  • Memperluaskan akses pendidikan bermula komuniti kecil yang memerlukan.
  • Membina generasi berilmu yang menjadi aset ummah.

✨ Salurkan bantuan anda melalui Kempen Quranic intelligent ini.

✨ Jadilah suara harapan di saat mereka paling memerlukan.

[qi_form_shortcode_here]