Sertai Ikhwatuna!

“Solidariti Kemanusiaan Saat Bencana Melanda!”

Apabila bencana melanda, yang musnah bukan sekadar harta tetapi keselamatan, kesihatan, dan nilaian sebuah kehidupan.

IKHWATUNA diwujudkan sebagai respon pantas Yayasan Lelangit untuk menggerakkan bantuan kecemasan berstruktur, terbuka dan berimpak kepada mangsa yang ditimpa bencana alam tanpa mengira latar belakang.

Kerana dalam krisis, kita bukan sekadar empati tetapi perlu diterjemahkan dalam tindakan.

Ikhwatuna Activity 1 Ikhwatuna Activity 2 Ikhwatuna Activity 3

Kenapa IKHWATUNA ?

IKHWATUNA membawa maksud “saudara-saudara kita”, satu prinsip bahawa penderitaan mereka adalah tanggungjawab kita bersama.

Kempen ini bertujuan:

  • Tindakan segera di lapangan.
  • Hebahan kesedaran dan peluang kepada semua pihak keterlibatan dalam menjayakan misi kemanusiaan.
  • Agihan bantuan bersasar.

Setiap bantuan anda diterjemahkan kepada tindakan sebenar

Dana IKHWATUNA akan dimanfaatkan secara langsung untuk :

  • Bantuan kecemasan & makanan asas
    (pek makanan, air bersih, keperluan harian)
  • Sokongan kesihatan & keperluan kritikal
    (ubat-ubatan, kit kebersihan, barangan bayi & warga emas)
  • Pemulihan awal komuniti terjejas
    (pembersihan, sokongan pasca-banjir, keperluan sementara)

Setiap agihan dirancang berdasarkan keperluan sebenar di lapangan. Yayasan Lelangit menguruskan kempen IKHWATUNA dengan kerangka tadbir urus profesional, merangkumi:

  • Proses pemilihan lokasi berisiko tinggi.
  • Kerjasama dengan rakan lapangan tempatan.
  • Dokumentasi & laporan bergambar.
Ikhwatuna Recovery 1 Ikhwatuna Recovery 2 Ikhwatuna Recovery 3

Ini memastikan setiap bantuan sampai, memberi kesan, dan berpanjangan. Jadilah Sebahagian Daripada Solusi.

Dalam saat genting, kesegeraan dan keikhlasan dalam menyantuni saudara kita yang terkesan amat diperlukan. Bantuan anda hari ini :

Meringankan

BEBAN

keluarga yang kehilangan segalanya

Menjadi

TALIAN HAYAT

buat mereka yang terperangkap

Menjadi

BUKTI

bahawa umat ini tidak membiarkan saudaranya sendiri

Sertai Ikhwatuna Sekarang!

👉 Salurkan bantuan anda melalui Kempen IKHWATUNA

👉 Jadilah suara harapan di saat mereka paling memerlukan

IKHWATUNA Bukan sekadar bantuan.

Ia adalah tanggungjawab, solidariti dan amanah kemanusiaan.

Sasaran yang diperlukan ialah

RM 70,000.00

[ikhwatuna_form_shortcode_here]